20 June 2016

Rezeki Ramadhan

Assalamualaikum & Hi!

Kelip-kelip mata tengok calendar, dah masuk 16 Ramadhan 1437 dah hari ni. Sekejapnya masa berlalu meninggalkan kita.

Lagu raya pon dah semakin rancak berkumandang, tak sabar nak balik kampung ooii!
Persiapan baju raya pon dah 75% settle. hiks

Alhamdulillah, dalam bulan Ramadhan ni jugak dah bertukar status daripada trainee ke permanent staff. Bukan daripada single to i'm married ye. ehem

Bersyukurlah sentiasa dengan rezeki yang kita ada pada hari ini. Ibu selalu pesan, "Jangan membandingkan diri dengan orang yang di atas kita, tapi bandingkan diri dengan orang di bawah kita".

Kalau kita rasa susah, ada lagi yang lebih susah.

Bulan puasa nih agak relax sikit, kerja pon tak berapa banyak sangat dekat office. Aku anggap ni rezeki jugaklah! cukup time, datang awal boleh balik awal prepare makanan berbuka apa-apa yang patut.

ohh ya, tahun ni puasa aku agak meriah berbanding tahun lepas. Kalau puasa tahun lepas sorang-sorang je dekat rumah sewa, sekarang dah ramai. Boleh bersahur & berbuka sama-sama. See, rezeki jugak kan! Walaupon keluarga jauh di perantauan, bersyukur kita masih ada keluarga kecil iaitu rakan-rakan ;)

Housemates

Uni-mates 




No comments:

This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah