28 May 2013

tips peperiksaan #1 - jangan membaca di luar dewan peperiksaan

assalamualaikum.

*sapu-sapu habuk*

lama sangat tak update blog.ni pon aku curi sikit masa.sibuk sangat dengan kelas,assignment,quiz bagai.biasalah.dah nama pon student life.memang macam nih la gayanya kan.

sekarang nih adalah musim final exam buat student degree kebanyakkannya.aku ada tips peperiksaan untuk dikongsi dengan korang.

korang pernah tak,bila time hari peperiksaan,sementara nak masuk dewan tu mesti nak baca-baca nota bincang-bincang dengan membe? mesti ada kan kan kan?? jangan tipu la.mesti ada punya! haha.aku pon buat jugak macam nih.tapi aku ada terbaca dekat page Osman Affan SmartStudy,sebenarnya kita tak digalakkan membaca buku atau nota di luar dewan peperiksaan.kenapa? jom aku listkan :)

#1 bertambah debaran
exam saja pon dah cukup mendebarkan kita.kalau kita baca buku atau nota dekat luar dewan peperiksaan,mungkin debaran ni makin menjadi-jadi.boleh terkeluar jantung akibat dup dup kuat sangat.ihik.debaran berlebihan akan bawa kepada masalah lain yang tak diingini.

#2 bertambah keraguan
pernah tak korang rasa,bila korang baca buku atau nota di luar dewan,korang rasa macam banyak benda yang korang tak tau/tak faham.macam banyak lagi yang belum dibaca.macam tak pernah belajar pon ada.makin banyak baca,makin banyak timbul keraguan samada kita dah baca ke belum.walhal korang tau je benda tu sebenarnya.

#3 bertambah lupa
bila makin banyak keraguan,kita akan jadi semakin lupa apa yang kita telah baca dan pelajari.lama-lama kita akan jadi keliru dan lupa.lepas tu mula la berdialog dengan diri sendiri "kenapa macam dah lupa semuanya nih?" *menangis dalam hati :'(*

#4 bertambah resah
bila dah semakin berdebar,bertambah keraguan dan mula lupa apa yang dipelajari,kita automatik akan jadi resah.selama ni guru/pensyarah ajar supaya bila masuk dewan mesti lah dengan tenang sekarang ni sebaliknya yang jadi.so,kalau dah resah macam nih,mesti la kita tak dapat menjawab dengan baik soalan yang diberikan nanti.

sumber : Osman Affan SmartStudy

jom ramai-ramai like page nih.ada banyak info dan tips yang berguna korang boleh dapat dari Osman Affan SmartStudy nih :)


menarik :
25 hours with your BFF in the kitchen
Take pictures of ALL the white items!
Apakah yang dikejar makhluk asing di Stuttgart?
Astro Anugerah Blokbuster Ke-2 kembali lagi!





No comments:

This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah