05 February 2012

jenama melambangkan gaya ?




beberapa hari lepas,aku ada ikut kawan-kawan mak aku pergi shopping handbag dekat jeddah.tapi aku dengan mak aku just ikut jewla kebetulan masa tu memang dah dekat jeddah baru lepas pegi consulate open day 2012 untuk orang-orang malaysia.so alang-alang kan ikut jewla.

then sampai dekat satu shopping mall nih.tak silap aku nama dia Rubaiyat mall.then kat situ adalah segala jenama handbag yang femes-femes amos tuh.

masuk-masuk jew kedai hanya mampu terpegun.yeah,kawan-kawan mak aku memang datang nak beli handbag tapi kitorang just nak tengok-tengok jew.hehehe..mana taknya,bila tanya harga satu handbag pon dah SR 5000 ++.even purse pon harga dah SR 1000 ++.ohh,yang nih jenama LV.tak ke nak pengsan aku yang mendengar.

then family aku keluar dari kedai LV masuk kedai lain plak.pastu tak sempat tanya harga lagi terdengar ada cashier  yang tengah melayan pembeli nak bayar handbag .total dia SR 3000 ++.fuuhh ! aku cakap,diorang nih memang dasar orang kayo-rayo ! beli barang beribu-ribu macam sehengget dua hengget ..

aku pon terfikir,perlu ke beli barang-barang yang mahal macam nih ? tak membazir ke ? sedangkan design handbag dia biasa jew aku tengok.maybe la kot material dia dari bahan yang original tapi aku tetap rasa itu sangat-sangat tak berbaloi.aku boleh dapat handbag dari design yang lagi lawa dengan harga yang berganda-ganda lagi murah.tak kisahlah cap ayam sekalipon.but,OK whatt !! hahhaa.

yeah,aku rasa harga dia mahal sebab JENAMA je pon.sebab tu aku rasa sangat-sangat tak berbaloi beli mahal-mahal.sama je macam kau beli jenama bukan kau tengok pada barang dia.

aku rasa lebih baik aku beli barang yang murah.buat apa nak beli yang mahal-mahal just sebab jenama jew.yang murah banyak apa design yang lawa-lawa.keh3.

dan golongan yang kayo-rayo nih haruslah kan nak pakai segala jenama LV GUCCI and lain-lain tuh.bagi aku biarlah cap ayam,asalkan aku puas hati.dari beli barang yang harga ribu-riban,banyak lagi benda lain yang aku boleh borong.

so,adakah dengan menggunakan barang yang berjenama akan menyerlahkan gaya atau personaliti anda ?

fikir-fikir kan lah dan jadilah pengguna yang bijak :)


# nih just opinion aku jew.lain orang lain pendapat kan.harap takde yang terasa hati yep.jomlah kongsi apa kata korang plak :)





2 comments:

rara aziz said...

rasenyelah, yg branded ni mmg mahal, and quality dia pon very excellent.

tp mahal mahal pon kalau stakat handbag sampai 10k-20k tu mmg tak masuk akalll..

Cik Fatin said...

kannnnn.mmg xmasuk dek akal lah kalau harga beribu-riban ;)

This Content Of This Blog Belongs To : Fatin Solihah